﷽ 1

~MINGGU PERTAMA~

Pengenalan kepada Perincian Kerja Kursus serta Penaksiran dan Penilaian

Kerja kursus ini, dibangunkan bertujuan untuk membantu pelajar memenuhi dan mencapai hasil pembelajaran iaitu,


  • Merekabentuk pengajaran berdasarkan prinsip teknologi pendidikan 
  • Menghasilkan media, untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Menggunakan media pengajaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran


Kerja kursus ini, merangkumi 2 bahagian iaitu penaksiran satu dan dua. Penaksiran satu merupakan "Reka Bentuk Pengajaran Berintegrasi Teknologi dan Gamifikasi". Penaksiran 1 meruapakan sebuah rancangan pengajaran berpandukan Model ASSURE. Rancangan pengajaran ini, perlu mengintegrasikan penggunaan teknologi iaitu sebuah klip video pendidikan dan sebuah bahan  pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan gamifikasi dan "augmented reality".

Bagi penaksiran 2 ianya, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan C. Untuk bahagian A, pelajar perlu menghasilkan Klip Video Pendidikan yang bersesuaian dengan topik rancangan pengajaran dan perlu dikaitkan dengan isu semasa. Bagi bahagian B pula, pelajar perlu menghasilkan sebuah Kit Permainan Papan Pendidikan yang mengintegrasikan sekurang-kurangnya lima objek realiti imbuhan (augmented reality). Untuk bahagian C, kesemua ahli kumpulan melakukan Pembentangan Projek iaitu dengan mempamer dan berkongsi hasil projek semasa program Innovation Showcase atau  seminar kepada pensyarah kursus dan pelawat tapak pameran.




Ulasan

Catatan Popular